Sunday, August 4, 2013

MAINAN CINTA..,










Assalamualaikum you all,. Akmal nk tnye ni sape yg X pernah brcinte ???? Tipu lh kalau umo dh 20 lbih ckp x pernah brcinta sdngkan zman skarng budk skolh rndah pn da pndai Couple2 ny,. Mybe awak trlalu mmilih sangat kowt. Yg prnah brcinte tu plk msti prnah rase cm ner rsenye ble ptus cinte kn.. Ak pn pnah rase gk., Ok stop.. Korang taw x yg cinte ni pn ad prmainan dye gk taw, mcm main chest lh katekan, ia prlukan strategik yg baik untuk mnang., Ni ak nk kongsi petua untuk korang mndapat kbhgiaan yg kekal., Isnyaallah.,


     Jangan carik wanita yg X prnah "SETIA" pd anda sdangkan anda stia pd dia, krna bla sudh khwin nnti brkemungkinan psti dye akn ad llaki lain.,


     Jangan pula crik llaki yg mudh jtuh cinta pda anda, krna bla sudh khwin nnti brkmungkinan dya akn mudh jtuh cinta pda wanita lain,.

     CARIKLAH ORANG YG BAIK BUDINYA DAN TERIMA KELEMAHAN SERTA KEKURANGAN ANDA SEADANYA, krna dialah yg akan menjamin kbhagiaan anda untuk selamnya nnti BERBANDING MEREKA YG HANYA SUKA PADA KECANTIKAN DAN KEISTIMEWAAN ANDA SHAJA, krna apbla anda mnunjukn klemahan anda pasti dia akn pergi mningglkn anda.,



P/S : ak x tpu semua ni sbb ak da pnah rase,.bgi yg bru nk cple ny take attension lh ap yg ak bgtaw tu,. PEACE., SALAM HARI RAYA,.. 

Sunday, July 28, 2013

KiSaH pErCiNtAaN :

Assalamualaikum kepada semua pembaca blog saya dan selamat datang kepada mereka yang baru sahaja berjinak-jinak dengan blog saya.,
Adakah anda pernah bercinta ?? Saya pasti kebanyakan daripada pembaca mesti pernah bercinta malahan ada yang sudah bermain cinta sejak dari bangku persekolahan lagi, Betul x ???

Di sini aya ingin menceritakan serba sedikit tentang kisah percintaan., Semoga anda semua terpegun membaca kisah ini..

Saya tidak pernah bercinta sejak dari sekolah rendah lagi,. Sewaktu kecil saya seorang yang "skema" dan tidak berapa hensem seperti Aaron Aziz.., Hehehe.. Saya tidak tahu pun apa itu "CINTA" . Tetapi saya tidak tahu kenapa suatu masa tu saya merasakan satu perasaan yang pelik,. Bila saya membuat kajian barulah saya tahu bahawa itu adalah perasaan cinta,. Kecit2 lagi dah pandai buat kajian., Hahaha,,.

Tapi... saya x tahu nak bagitahu kat pempuan tu tentang perasaan saya kat dia,. Saya takut... Ye lah kn, saya kan x ensem cm Aaron Aziz mase tu,. Aaron Aziz lagi,. hahahaha... Tapi saya buat2 x kesah je dengan perasaan tu. Sampailah ke sekolah menengah, saya masih takut nak luahkan perasaan saya kat perempun yang saya suka takut2 dye x nak kat saye walaupun rupa saya Aaron Aziz tengok pun jelez,. Karang dah bengang susah pulak kn??

Sampai lah saya Form 5 saya masih single dan masih lagi x reti nak tackle pempuan walaupun saye mase tu pandai buat ayat buge2,.Cewahhh!!  Walaupun ada pempuan mintak couple ngn saya tapi saya x nak,. Lorhhhh~ kenapa x nak pulak ??? Karang dah melepas baru tahu,. hahahaha... Saya x nak sebab mase tu saya kuat memilih,. Al-maklumlah rupe pun da makin kacak.,Dipendekan cerita pada penghujung tahun nak SPM tu adalah sorang pempuan mintak saya cuple ngn dye., Mase tu pun saye tengah mencarik sebab dah bosan mencari tak jumpe2,.

Last2 saye cair jugak dengan kata2 dye tu walaupun amek mase nak tackle saye,. Kih3.., jahat tak saye ??? Kite pendekan lagi cerita k., Kiteorang pun couple r mcm orang lain couple tapi lagi romantik r sebab saye romantik orangnye,. Kih3., Masa nak SPM tu tibe2 dye panggil saye dye cakap ada ssuatu nak bagitahu kat saye,. Wa ap lagi,. da awek panggil x kan nak dihantar tepak sirih, kompang, beras kunyit semua bagai baru nak datang kan,. Macam pelesit lah saye pergi kat dye.,

Tibe2 dye cakap nak mintak brake ngn saye,. Ap hal?? tibe2 je cakap macam tu, tak sehat ke ap??
dye bagi macam2 alasan kat saye,. It's ok bro.,ak trime seadanya., balik2 rumah je hati terasa hancur berderai bak pasir di pukul ombak pantai,. Cewahhh., Aku pun siasat punye siasat last2 dapat taw yang rupenye exs dye mintak couple balik dengan dye,. Aku punye stress macam nak bunuh diri pun ade. Tpi aku ingat pada mak ayah ak,.Kalau aku x ada nanti sape nak jage dyowng mase dah tue nanti,.

Bende tu lah yang ak selalu pikirkan kalau aku rase frass dipermainkan oleh si die,. Kalau tak dah lamu aku ade kat dalam tanah., Last2 ak tingkatkan azam aku untuk berjaya dan alhamdulillah dengan berkat niat suci aku tu aku pun berjaya,. Tibe2 HP aku berdering,.ade m8 masuk,. Rupenye dia yang mainkan perasaan aku dulu yang m8 ak,. Ap hal tibe2 kau m8 ak ni kan??? Die cakap die rindukan ak and blablabla....

ak pun cair lame2 and couple balik,.tibe2 dalam seminggu due dye mintak brake balik,. Macam &*#%....
Tak ape.,ak sabar je,.teruz lost contack.., Dalam bape bulan pas tu dye m8 ak lagi,. Aku buat derk je,.Dye asyik tpon ak tak henti2,. Aku pun rase kesian gak kat dye and ak pun balas lah m8 dye tu,. Dye cakap dye rindu ak and blablabla,.. Aku pun buat x endah je lah dengan ape yang dye cakap tu,. Tapi lame2 ak pun terase sayang ak kat dye tu kembali semule dalam hati,. Aku pun m8 ngan dye hari2,. Tibe2 aku tanye dia "awak sayang kat saye x"??? Tibe2 dye cakap "sayang sebagai kawan"... Aku terasa dipermainkan lagi dah 3 kali masuk ni., 

Lepas tu aku terus buang sim ak dan ak terus lenyapkan segala memori aku terhadap dia., Aku jalankan hidup aku seperti biasa tetapi terasa lebih baik tanpa dia di ingatan aku,. Tetapi..... ade jugak lah time2 bosan, dduk sowang2 mule lah teringat kat dye,. hehehehe....  Mulut cakap benci, Ingatan cakap dah lupakan,. TAPI HATI CAKAP MASIH SAYANG...... well tu lah kehidupan manusia kat bumi ni,. Berbalik kepada yang ESA tu semua dalah ketentuanNYA., so0 redha dan bersabarlah wahai hati., Ini adalah pembelajaran bagi aku untuk lebih maju kehadapan.,

So0 p/s kepada kaum lelaki tak payah nak fruss bagai kalau brake because ramai lagi perempuan yang lagi bagus dari si dia kat luar sana cuma kau belum jumpe lag je.,
Peace yo0~   



Semoga korang terhibur dengan cerita aku ni walaupun tak sehebat Aaron Aziz, Adi Putra,. HAHAHAHA.... Assalamualaikum.,.

Friday, July 26, 2013

7 cara membuat kekasih MAHU KAHWIN!

Gua  yakin, ramai girlz SUDAH memiliki kekasih, sudah berpunya la kan. Tetapi, I’am sure too that, ramai yang facing this problem…dimana, ‘Kekasih tidak mahu kahwin lagi’ right?
                                                             
Sedangkan MASA tidak menyebelahi anda, ibubapa semakin menekan, kawan-kawan lain hampir semua sudah kahwin. TAPI kekasih anda masih lagi berbagai-bagai alasan…

“Sabarlah, kalau ada rezeki ada lah tu”
“I memang nak sangat kahwin dengan you tapi, belum masanya lagi”
“Kita masih muda lagi, nanti kita kahwin lah”


Well, time after time…reason dan reason lagi…by the moment you realised it. You dah out of the league. Umur dah terlebih dari umur ‘anak dara’, nak cari yang lain…mungkin duda tua atau suami orang yang berumur that interested dengan you. Kekasih sendiri semakin dingin, masih beralasan untuk tidak kahwin, tidak mahu komitmen!
One thing about girls : mereka selalu nak tunjukkan dia setia, dia adalah milik kekasihnya seorang…dan sanggup berkorban apa saja. Well, itu memang bagus, tapi situasi itu BEGITU JELAS, you adalah miliknya!!…so, buat apa nak kahwin lagi? Dia takkan rasa nak kahwin punya…because you ‘dah jadi miliknya’ hehe…
One thing about man : girls kena faham… Lelaki mahu merasa ‘THRILL bila bercinta’ …mereka mahu rasa ‘Satu perasaan yang menggetarkan jiwa atau menggeletar badan’  yang boleh membuatkan mereka rasa susah dapat, rasa geram, rasa tercabar, rasa ragu-ragu…baru thrill, baru excited, barulah rasa takut kehilangan, so barulah dia rasa mahu kahwin!…

KALAU TIDAKgirl itu akan dianggap NOTHING, TAK MENARIK, MEMBOSANKAN, …bila kekasih rasa sebegini, do you think that he still wants to marries you ke? hehe, rasa bro love lah hmm…tak lah kut kan?  SO, apa tindakan anda? Apa yang anda mahu lakukan? Bagaimakah caranya untuk membuat kekasih MAHU KAHWIN? Brother Love ada 7 cara untuk all of you girls give it a shot :

Cara 1 :
Berhenti dating! Asyik berkepit je hehe… Im sure you mesti hari-hari nak berjumpa boyfriend kan? Ok…kat sini paling penting, stop dating for a good reason, maybe sebab nak pergi grooming class? Atau kelas tae kwan do ke, atau sebab you enroll gym and nak look fit, or maybe go for a flying class ke…so you looked cool, and buat dia rasa gabra sikit!

Cara 2 :
Decide untuk mencari pekerjaan jauh darinya, luar negeri, luar negara ke…just be away. WHY? Well, kalau boyfriend you tanya, just jawab yang you nak kenal negeri orang dan kenal orang-orang luar dan orang baru… hihihi

Cara 3 :
 Fokus lebih kepada hidup anda sendiri dan lupakan akan kehidupan kekasih anda. Concentrate apa yang anda ingin capai selama ini, letakkan beberapa gold atau impian yang sekian lama anda lupakan. I mean it ni…bukan main-main, bukan saja-saja nak test kekasih you okay. Do it, and meant it!

Cara 4 :
Hentikan ucapan cinta – Im very sure too, you girls asyik duk cakap I love youuuuuu je kan. “Abang lah yang terbaik, abang lah yang tersayang, you lah nyawa I”….ADOI Beb, ngantuk la wei.

Cara 5 :
Plan masa depan anda sendiri, TANPA dia. – Control masa depan anda sendiri, holiday anda, where to go, what to do. Rancangkan perbelanjaan anda sendiri untuk hari ini, minggu depan, tahun depan dan sampai bila-bila. Jangan biarkan dia membuat keputusan untuk anda beb, be strong, tegas dan berdiri atas kaki sendiri!

Cara 6 :
Tunjukkan anda juga mempunyai kawan-kawan lelaki yang lain. Jangan tunjuk yang hidup anda, …anda hanya kenal seorang lelaki sahaja…dan lelaki itu adalah kekasih anda. Alamak beb  lelaki akan pasti merasakan anda tersangat lemah, membosankan, dan too easy to handle kalau cam tu…

Cara 7 :
 Akhir sekali, jujur dengan boyfriend you…cakap kat dia…you akan lakukan semua ini, kerana you lihat yang dia masih belum ready untuk berkahwin. You sayangkan dia tetapi…jika dia tidak serius, well time for both of you to move on.


Di sini, you boleh lihat keputusannya, atau jawapannya. It can be good or even worst. It can make him terus nak kahwin dengan you atau…you dapat lihat, yang sebenarnya dia tak mahu berkahwin. But at least, you tahu sekarang, you tahu where you guys at…daripada tertanya-tanya what will happen, right?

TAPI one thing for sure, kalau you lakukan semua cara-cara ini, atau something yang macam ni, Effect dia : Kekasih you akan mulai risau, gabra, runsing kat you di rampas orang lantas akan lebih menghormati anda, akan takut kehilangan anda dan merasakan anda bukan wanita yang boleh dipermainkan.


Perasaan ragu-ragu juga mulai muncul di dalam diri kekasih you, apabila you lebih focus dan concentrate on yourself, kekasih you pasti akan merasakan hilang perhatian dari you, and definately, MULAI RASA TERCABAR. That makes him felt thrilling beb…and hopefully and probably mahu cepat kahwin! Good Luck
8 Sifat Wanita Pujaan Hati Lelaki


1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…
Inilah sifat seorang wanita yang sempurna…










 7  Kriteria Lelaki Perlu Ada !!


    Lelaki memang beruntung andai mendapat perhatian dari si gadis dalam pelbagai segi aspek. Apatah lagi perhatian itu hadir dari seseorang yang kamu sayangi. Dan kerana perhatian yang diberikan itu jugalah, ada pendapat yang menyangkal bahawa lelaki sedemikian tidak sukar untuk memilih pasangan hidupnya., Benarkah ??? Jika benar, jom kita selidik tujuh kriteria yang "WAJIB ADA" bagi seseorang lelaki itu.



1. Maskulin

   
     Ramai gadis memuji andai seseorang lelaki itu mempunyai sifat kelelakian yang kuat. Maklum sajalah, kekuatan cukup sinonim dengan sifat lelaki. Masakan tidak, lelaki yang maskulin juga dikatakna mampu melindungi  gadis.



2. Punya aura sensual

     
     Ada juga pendapat yang menyatakan seseorang gadis lebih 'mudah cair' apabila berdampingan dengan lelaki yang memiliki ciri-ciri yang sensual. Secara lumrahnya, gadis sememangnya mendambakan lelaki yang boleh menjadi tempat bermanja selain berkongsi perasaan dan isi hatinya.
 

3. Berpenampilan menarik

     
     Kamu perlu tahu, kacak bukanlah menjadi intipati yang penting buat seseorang lelaki. Memadai jika kamu bijak dan pandai untuk bergaya serta dapat menyesuaikan diri di dalam apa jua situasi. Malahan supermodel, Selita Ebanks turut berpendapat bahawa lelaki kacak adalah lelaki yang pandai menjaga kebersihan dan penampilan dirinya.


4. Pandai rguraube
     
     Lelaki yang suka berjenaka atau membuat lawak juga dikatogerikan sebagai lelaki yang diinginkan oleh si GADIS!! Golongan lelaki yang sedemikian dikatakan mampu untuk menceriakan hubungan cinta yang terjalin. X kan nak serius aje 24jam kan??


5. Romantik
     
     Di samping itu, sikap romantik yang dimiliki oleh lelaki juga boleh menberi bonus di dalam mengikat hubungan cinta. Belaian manja dan ucapan kata-kata cinta yang diberikan buat si dia secara tidak langsung menguatkan lagi ikatan cinta antara kamu berdua,. Memang ada gadis yang menyukai sikap sempoi lelaki, tetapi kamu perlu ingat, tanpa ada rasa sayang dan ambil berat, jalinat ikatan cinta tidak akan bertahan lama... 


6. Boleh berdikari

      
     IA juga menjadi salah satu kriteria yang perlu ada pada seseorang lelaki. Kamu perlu kuat dan bijak dalam menyelesaikan masalah atua kesulitan yang kamu hadapi. Bukan tidak perlu bergantung atau menerima pertolongan, tetapi sebagai seorang lelaki, kamu sepatutnya perlu tahu tentang banyak perkara. Misalnya tahu cara-cara membaiki paip yang bocor,peralatan elektrik dan sebagainya.



7. Peramah
     
     Mesra dengan semua orang!! Iulah kunci asas yang menggambarkan lelaki seperti ini juga mampu mendapat perhatian dari gadis. Tak perlu "KONTROL MACHO" atau menjadi "KERA SUMBANG". Tetapi janganlah pula terlalu 'overdose' pula. Bimbng nanti ada yang x senang dengan karektor kamu yang terlalu peramah itu !!


   

 Ok x apa yang ak berikan tu ??? Kalau korang yang lelaki ni rasa x nk membujang sampai ke tua atau dah bosan single je memanjang cubalah buat apa yang ak berikn tu. Insyaallah pasti ada yang terpikat punya.,

Thursday, July 25, 2013

5 Tips Terbaik Lupakan “EX..!!!”


Assalamualaikum…

Hey-hey to blogger dan reader.

Aku nak tanya, korang sebelum nie pernah bercinta dan pernah tersilap buat keputusan sampai putus cintakan ?? Pernah tak korang terfikir nak lupakan bekas kekasih korang tue ?? Pasti ramai mahukan tapi susah bagi sesape yang tak tau tip-tip nak lupakan ex korang nie. Korang nak tau tak caranya ???  Yok baca isi-isi kat bawah nie.

1. Sila buang/delete nombor telefon bekas kekasih korang.
     Tak kisahlah telefon bimbit, telefon ofis, rumah, jiran sebelah rumah, atau rumah nenek bekas kekasih korang. Ini penting tau sebab kalau korang masih menyimpan nombor telefon dia, kemungkinan besar korang akan sentiasa menghantar mesej, membuat missed call, atau menelefon dia. Maka, jika korang melakukan demikian...korang akan bersedih kalau-kalaulah bekas kekasih korang tidak melayan korang.

2. Sila buang/delete gambar-gambar bekas kekasih korang.
     Mungkin ini agak susah untuk dilakukan tapi korang perlu kuat. Pergi tengok dalam galeri telefon bimbit korang...minta tolong kawan-kawan, atau sedara mara korang(ini kalau korang betul-betul tak sampai hati lah kan) untuk menekan butang delete ke atas gambar-gambar memori korang itu. Kemudian, buka pula komputer/laptop korang, cari di dalam folder yang ada gambar bekas kekasih korang dan tekan delete juga. Tekan sahaja ctrl+a+delete. SENANG. Tak perlu nak pilih mana gambar cantik ataupun tidak ya.
Ouh...korang tidak boleh bermain tipu juga tau seperti pergi mem'bluetooth' atau memindahkankan dahulu gambar bekas kekasih korang ke telefon bimbit/komputer/laptop adik, ataupun kawan baik korang ya. Semuanya harus dibuang!

3. Sila buang/delete facebook, friendster, myspace, 
    tagged etc. bekas kekasih korang.
     Tak payahlah korang nak sibuk stalk page bekas kekasih korang lagi. Nanti kalau tiba-tiba korang nampak ada perempuan/lelaki lain yang pergi menggedik dengan dia, korang juga yang perit kan? Jadi, henti-hentikanlah dengan perangai setiap 10 saat anda pergi menjenguk ke facebook, friendster, myspace. tagged etc. beliau.

4. Hentikan bermesra dengan bekas kekasih korang.
     Kononlah korang ini satu pejabat, tak pun satu sekolah, satu kelas, satu kursus, satu kolej atau apa- apa yang satulah kan. Tolong jangan masih mahu menggedik pergi tersenyum atau membuat muka memohon simpati terhadap bekas kekasih korang. Jangan mahu buat-buat terjatuhlah, sakitlah, menangislah, kerja tak siap lah atau apa sahaja yang boleh melibatkan korang menarik perhatian dia. Kalau boleh, sila pergi melepak dengan rakan-rakan baik korang ataupun cubalah untuk bermesra dengan lelaki/perempuan yang lebih kacak bergaya daripada bekas kekasih korang. Barulah korang boleh membuka minda korang yang selama ini setiap 2 minit mahu menyebut nama si dia.

5. Tukar imej baru.
     Ok. Ini seronok. Selepas anda sedih menonggeng, pergilah rajinkan diri ke salon. Tukarlah stail rambut yang baru ke, potong rambut ke, rebond ke, perm kan ke or pape la. Kalau korang macam ada duit banyak sikitlah kan...pergilah beli baju baru, kasut baru, semua barulah. Dari kepala sampai ke kaki yang baru. Biarkan terjojol biji mata bekas kekasih korang jika terserempak dengan korang kan. Lagipun, kalau dah cantik-cantik handsome ni, mestilah ada orang yang cantik dan lagi handsome dari bekas kekasih korang tu cuba nak mendekati korang.


Agak kejam tak cara aku ??  Tapi lagi kejam kalau kau biarkan hati korang trseksa. BTOL  X ??  nie la cara terbaik nak diamalkan untuk melupakan dengan lembut. Oke? Anyways, klo korang betul-betul rasa kejam...baik korang bincang dan berbual dengan bekas kekasih korang macam kawan biasa korang je. Amalkan setiap hari sehingga ia terbiasa dan korang pon tak akan tau dan rasa bile perasaan tue hilang dari hati korang. Peace no wars..!!!